Sunday, August 8, 2010

Ulasan takde prejudis punya

Community Shield.
8 Ogos 2010.

Manchester United 3 - 1 Chelsea

Valencia 41' Kolou 83'
Hernández 76'
Berbatov 90'

Perlawanan pembuka selare bagi mereka yang ketagih dengan Liga Perdana Engeris,
Manchester United turun dengan mengunakan formasi 4-4-2,manakala Chelsea seperti kebiasaan mengunakan formasi 4-3-3 atau berlian,nama lebih menawan. Kedua-dua pasukan turun tanpa key-player seperti Peter Cech dan Rio Ferdinand akibat kecederaan.

Van Der Sar
O'Shea - Vidic - Evans - Fabio

Evra masih lagi direhat kan (gampang,world cup tak pergi jauh tapi rehat nak lame-lame), gadingan Vidic dan Evans kelihatan solid. Bahagian kanan banyak dieksplotasi oleh Chelsea pada separuh masa pertama. Kelihatan bek memang bagus sampai tanduk bola sendiri,selamat tak goal. Penjaga gawang masih lagi sharp walaupun dah berumur, namun nampak gagal control bola dari tendang jauh.
Hillario
Ferriera - Terry - Ivanovic - A.Cole

Ivanovic digunakan sebagai bek tengah walaupun season lepas banyak bermain di bahagian bek kanan. Walauapa pun,Ferriera bermain kacip dibahagian kanan. Jaringan MU lebih banyak tertumpu dari build-up dari sebelah kiri, A.Cole walaupun bermain baik kerana memberi ancaman dari sebelah kiri namun gagal beraksi pada bahagian bek. Nampak macam penat semacam dan Valencia banyak mendapat ruang kerana sifat lama A.Cole yang malas nak kejar bola.

Valencia-Scholes-Carrick-Park JS
Gua syak Scholes bermain dengan baik dan seharusnya menjadi Man of The Match,hantaran yang ranum-ranum serta hold position yang bagus,di gandingkan dengan Carrick,nampak mantap jugak midfield MU. Bahagian kanan diketuai Valencia nampaknya membuatkan Malouda dan Cole berpeluh-peluh.

Mikel
Essien-Lampard
Walaupun baru sembuh dari kecederaan, Essien nampak begitu solid dibahagian tengah. Hantaran pun boleh tahan kemas,terkebil-kebil jugak Vidic dengan Evans. Lampard dengan Mikel tu gua ingat 2kali5 jugak. Lampard tibe-tibe tak main tamak,tu serius pelik.

Rooney-Owen

Walaupun kene boo, Rooney masih bersemangat nak mendapatkan balik formnye. Owen tu gua buat-buat tak nampak.
Kolou-Malouda
Anelka

Malouda pun tak berape nak tajam serangannya, Anelka banyak pegang bola dari tengah, gua syak nak bolot 2 posisi dalam satu mase. Kolou pun 1-2 kali jugak la lari-lari bawak bola lepas tu jatuh.
Goal, Scholes-Rooney-Valencia.
Hantaran jauh yang pin-point dari pakcik Sekol (dah tua-tua pun boleh tahan penglihatan dia),pertukaran posisi secara tidak langsung oleh Rooney dengan Valencia menunjukan kesefahaman tektik. Hantaran yang simple,finish yang baik dan kesefaham yang solid.


Goal 2,Valencia-Hernandes.
Parah tak parah defander Chealsea sampai hernandes punye goal tu gua memang betol-betol bikin panas sama Terry dan sekutu yang lain.

Goal 3,
Sturridge-Van Der Sar-Kolou.
Sepakan ala-ala bacaan buku teks dari Sturridge yang gagal ditepis kemas oleh Van der Sar,Kolou score sambil julur-julur lidah.

Goal 4,Nani-Berbatov.
Goal yang gua syak sekadar nak buat mamat berba ni senyum nipis dekat carlo accelotik.




Desas-desus mengatakan pemain MU lebih bersemangat bermain kerana penaja bersama kejohanan adalah McDee. Budak-budak memang minat mcD.

No comments:

Post a Comment