Thursday, August 19, 2010

AMBOI AMBOI AMBOI...

Nota Pengulas : Segmen ini diperkenalkan khas untuk tatapan pembaca Saluran Sokan. Ia akan memuatkan gosip, cerita kahwin artis, isu penyelewengan, serta pelbagai lagi cerita menarik dari tanah air kita yang tercinta iaitu Malaysia. Pihak Saluran Sokan juga terpaksa mengeluarkan sejumlah wang kepada personaliti tv Azwan Ali kerana telah menggunakan tagline beliau.


Di sebalik kekalutan demi kekalutan yang dilakonkan FAM, Piala Malaysia yang akan bermula selepas raya nanti disyaki tidak akan kurang serinya.

Manakan tidak, gergasi-gergasi dari Malaysia seperti Kedah, Selangor, Negeri Sembilan Terengganu dan Kelantan semuanya akan bersiap sedia akan memulakan musim baru kancah Piala Malaysia yang amat berprestij ini.

Walaupun pegawai-pegawai (atau lebih dikenali sebagai pengampu-pengampu) FAM masih lagi meneruskan kronologi kisah-kisah bengong mereka, jauh di sudut kami sebagai kakitangan Saluran Sokan percaya yang bola sepak di negara kita masih lagi ada sinar. Difahamkan, ibupejabat FAM di Kelana Jaya masih seperti biasa sibuk dengan tugasan mengira duit untuk diagihkan sesama sendiri serta mencari tajaan untuk menukar kereta mewah mereka dan membeli perabot rumah yang baru. Anak-anak saudara mereka juga pastinya akan gembira kerana bakal mendapat duit raya lebih nanti.

Lagi berita yang kami terima, pengurusan FAM juga semakin sibuk sampai ke malam sempena bulan Ramadhan ini. Namun bukannya sibuk dengan terawikh, hanya sibuk dengan undangan berbuka stail buffet di hotel-hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur.

Salah seorang koresponden Saluran Sukan sekitar Petaling iaitu Krishna Murthi memberitahu beliau terserempak dengan Pak Cik Din di Naza World baru baru ini. Hasil curi-curi dengar, beliau mengesyaki Pak Cik Din tengah kautim nak tambah BMW sebijik lagi.













*Pak Cik Din ketika menerima satu lagi sumbangan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment