Saturday, August 7, 2010

Jutaan Tahniah dan Sekalung Perniagaan!















*MSS Kedah meraikan kejayaan menewaskan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan.

Manchester United Premier Cup 2010 baru-baru ini boleh kita banggakan kerana MSS Kedah yang buat julung-julung kalinya mewakili Malaysia pada kejohanan ini berjaya mengharungi MUPC 2010 dengan berjaya malah begitu bergaya sekali.

Mereka yang menjuarai peringkat ASEAN untuk mendapat tempat beraksi di sana tidak mengecewakan apabila berjaya menandingi beberapa kelab besar dari serata dunia umpama Barcelona FC dan Manchester United sendiri.

Namun agak menyedihkan apabila FAM tak langsung menghantar wakil, mengambil tahu atau men'support' kempulan berbakat besar ini. Dalam laman web mereka pun tak dinyatakan apa-apa. Tak percaya, ini alamatnya:


Pun begitu pihak Saluran Sokan tetap menjalankan tanggungjawab dengan menghantar salah seorang pengulas iaitu Encik Mukmin dari kem Liverpool membuat liputan di Manchester. Pemilihan beliau ke sana mungkin menimbulakan beberapa tanda tanya terutamanya mengenai skill PA beliau dan juga kredibiliti sebagai seorang wartawan. Tapi pihak kami tiada pilihan lain kerana pasukan-pasukan yang diwakili para pengulas lain turut sama bertanding. Melainkan hanya skuad bawah-15 LiverFool sahaja yang tak layak.

Ketika ditemuramah Mukmin mengenai pencapaian Kedah, Jurulatih pasukan iaitu Barkis Ahmad menjawab "oh, kami tidak bernasib baik kerana penyerang saya gagal memanfaatkan beberapa peluang. Namun kami akan menggunakan sepenuhnya pengalaman berharga ini dan memperkemaskan pasukan sebelum pulang dan cuba lagi tahun depan. Barkis merupakan seorang guru di SMK Pulau Nyior, Jitra Kedah.

Namun apa yang pasti, inilah sekumpulan pemain yang akan menyinari persada bolasepak kita sedikit masa lagi. Tetapi dengan polemik kuat FAM, kita boleh tunggu dan lihat saja kehancurannya.

CalitCokelat : Ini MSS Kedah, bukan Perak atau Selangor ya!

No comments:

Post a Comment