Monday, September 27, 2010

Europa League : Matchday 2.

Sepak mula pada ; 30sept 20:00 waktu Netherlands.

Pada perlawanan liga eropah lepas, Liverpool menang 4-1 dengan Lucas menjaringkan goal ala Gerrard.

Minggu ni dia buat lagi. YNWA.

Saturday, September 25, 2010

Edisi Lepas Raya

Fuuhh, lama juga aku dan rakan pengulas yang satu lagi, Encik Azim Suhaili bercuti raya. Aku kembali punch in ke pejabat Saloran Sokan pagi Khamis haritu sambil mengumpul material untuk tulisan-tulisan masa hadapan.

Aku dan Azim diberi cuti sehingga raya ke-18 oleh pihak pengurusan. Namun atas dasar kesiankan Mukmin Samad yang terpaksa bekerja seawal raya ketiga, aku pendekkan cuti seminggu lebih awal. Untuk pengetahuan semua, beliau terpaksa masuk kerja awal sebab cuti tak diluluskan.

Namun ini adalah siri kegagalan beliau dan pasukannya.

-Perak 0-2 Kedah
-UNITED 3-2 Liverpool
-Perak 2-2 Johor FC
-Liverpool 2-2 NORTHAMPTON (2-4 on penalty)
-Liverpool 2-2 SUNDERLAND

Aku kurang yakin la Abe Mukmin kite ni kenal lagi tak maksud KEMENANGAN. Kah kah kah!

Bawak bersabar ye Min.

Thursday, September 16, 2010

Perlawanan pagi nanti


V

Perlawanan Liga Eropah di Anfield. Brader Roy kemungkinan akan merehatkan pemain utama bagi memastikan kecergasan pemain untuk perlawanan penting ahad ini. Selain itu, Roy semestinya ingin mencuba kombinasi pemain tengah baru selepas kombinasi Lucas-Poulsen seakan kelajuan kerate sorong.

Sepak mula pada pukul 20;05 waktu Liverpool!

Wednesday, September 15, 2010

Hal Ehwal Bola Sepak Malaysia : Perlawanan Pembukaan Selepas Raya

Perak 2-2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Perak - Shahrizal Saad '16 Shafuan Adli '78
ATM - Saiful Mustafa '50 V.Jaganathan '68

Perlawanan pertama untuk skuad Perak bagi kempen Piala Malaysia berlangsung di Stadium Perak,Ipoh.

Goal pembukaan dari pemain penyerang perak, Shahrizal Saad pada minit ke 16. Shahrizal Saad merupakan Hero-to-Zero pada perlawanan ini selepas menerima kad merah pada minit ke 25 akibat diving. 3 minit sebelum,dia telah handball secara sengaja. Perak menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan kekal 1-0.

Gol pelawat muncul hasil sepakan Saiful Mustafa pada minit ke 50,kedudukan seri 1-1.
Perak bermain 10 orang. Usaha ATM mengasak tuan rumah berhasil apabila diberi sepakan penalti pada minit ke 68'. V.Jaganathan memberikan pasukan ATM lead,kedudukan 1-2.

Walaupun ketinggalan, pasukan Perak masih terus berusaha dan hasilnya, Shafuan Adli memberikan gol equalizer buat Perak selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 78. Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Kedudukan kumpulan C masih samar-samar, perlawanan diantara Johor FC menentang Kedah berkesudahan seri 1-1.

tim sultan bola menang 3 gol berbalas 1.

Monday, September 13, 2010

Dari Liverpool ke Saluran Sokan

Pengolas yang lain masih lake pekene rendang ketupat,yang si fais buat-buat makan lebih sebab kecawe MU bolos 2 goal dalam jangka masa 120saat. keh kuh kah koh kih


Gaya smash-kencang dari Skrtal, ini untuk tunjuk-tunjuk je. Hari ahad punya lagi power.

Liverpool meneruskan musim 2010/2011 di Liga Eropah dengan menanti kunjungan Steaua Bucuresti,kelab dari Romania ke Anfield. Brader Roy seperti sebelum-sebelum akan gunakan player yang muda untuk Liga Eropah,serta cup-cup yang lain.

Tapi, perlawanan lebih tertumpu diantara Manchester United dengan Liverpool pada hari Ahad.
Hal-hal Liga Perdana Omputeh ni gua sambung sikit hari lagi.

Saturday, September 4, 2010

hari testimonial






Dari Micheal "wonderkid" Owen, Jerzy Dudek, Luis Garcis pemain Sepanyol pertama di bumi Liverpool,Emile Heskey dan Steve Finnan semua telah menyarungkan kembali jersi kebangaan Merseyside bersulamkan logo Liver Bird,demi meraikan 15musim Jamie "the most loyal servent" Carragher di Anfield.

Akhirnya Joe Cole mendapat goal pertama beliau di Anfield,walaupun sekadar perlawanan testimoni. Carragher menjaringkan goal sendiri dengan cara paling unik otai & power. nak tau otai dia macam mane? tengok video ni sendiri

http://www.facebook.com/pages/Liverpool-FC-supporters-fan-page/137180862993289?v=wall#!/video/video.php?v=156463114371058&ref=mf