Wednesday, August 4, 2010

Pengumuman Pengumuman!!!

Berita panas yang baru kami terima,

Pihak pengurusan akan mengeluarkan satu pernyataan yang mungkin mengguris hati sebilangan besar peminat-peminat dan penyokong setia kem Chelsea! (terutamanya makwe-makwe)

Pengulas bagi kem The Blues tersebut iaitu Encik Azim Suhaili bakal berpindah ke kem Arsenal. Beliau yang telah menghantar surat permohonan ke meja Pengarah Urusan semalam diberikan perpindahan serta merta dan boleh terus mengepos entri-entri baru melalui kem baru beliau itu.

Pihak kami cuba mendapatkan pandangan beberapa penyokong Chelsea dalam satu tinjauan di sebuah lokasi rahsia untuk mendapatkan pandangan mengenai berita perpindahan ini.

"ya udah mas, kalo gitu ngikutin aja deh mana saja mas azim pergi", kata peminat Saluran Sokan dari Surabaya, Zakiah.

Jadi sudah jelaslah di sini yang beliau telah mengikat kontrak bersama kem Arsenal. Beliau juga diberi cuti oleh pihak pengurusan sehingga hujung minggu ni sebagai memberi laluan kepada peperiksaan pengajian undang-undang beliau.

Namun perang dua penjuru antara kem Liverpool dan Man United akan terus terjadi. Nampaknya Encik Mukmiliano Rodriguez masih tak serik lagi ya? Menegakkan benang yang basah dan menyebarkan propaganda yang tah apa-apa!

Kehkehkeh....


No comments:

Post a Comment