Sunday, August 8, 2010

Hal Ehwal Bola Sepak Malaysia : Sekitar Undian TM Piala Malaysia

Kehadiran gua di perkarangan Wisma FAM nampaknye agak kurang menyenangkan
kebiasaan orang-orang yang cabut undi ni pakaiannye semat-semat, paling kodi pun baju batik tapi di sebabkan pihak Saluran Sokan yang kedekut,tak dapat la gua merasa gaya eksekutif. Gua carik alternatif sendiri,gua capai baju Liverpool tulis Carlsberg,gua terus gerak.

Majlis yang diatur pada pukul 12:00 tengah hari ni,berlangsung selama sejam setengah. Lepas habis majlis terus buat solat-solat,time ni gua dah buat-buat bizi. Ape-ape pun,gua mampu bertahan juga untuk mendapatkan undian peringkat kumpulan bagi TM Piala Malaysia!!


KUMPULAN A
  • Kelantan
  • Negeri Sembilan
  • KL Plus
  • Selangor PKNS
KUMPULAN B
  • Terengganu
  • Pahang
  • Kuala Lumpur
  • Sabah
KUMPULAN C
  • Johor FC
  • Kedah
  • Perak
  • ATM
KUMPULAN D
  • Selangor
  • T-Team
  • Perlis
  • Felda United
Nampaknye selepas undian selesai, keadaan kucar-kacir serta haru biru menyelubungi majlis. Dua finalis kejohanan pada musim lepas, Negeri Sembilan dan Kelantan diundi dibawah satu kumpulan yang sama.Reaksi Wan Jamak Wan Hassan,pengurus pasukan Negeri Sembilan yang dihubungi gua melalui aplikasi ipone 4g face, 

"ekau kacau den makan sambal potai cili api ni buat apo!" tengking beliau sambil cepat-cepat tutup henset. cilakak.

Perlawanan pusingan pertama akan berlangsung pada 14 Sept, 17 Sept,& 20 Sept. Ramai-ramai turun stadium sambil pakai baju sultan bola!
Sementara itu,rakan pengulas dari kem Kedah telah awal-awal tutup henset bila gua cakap Kedah satu grup dengan Perak.

No comments:

Post a Comment