Thursday, August 19, 2010

Rebiu nasib malang si-Cole

Liverpool 1 - 0 Trabzanpor
Babel '45

Jaringan tunggal dari Ryan Babel memberi kelebihan yang kurang empuk untuk dibawa ke pusingan ke-dua play-off Europa League (EL) di Turki minggu hadapan. Debut pertama buat pemain terbaru, Christian Poulsen yang bermain agak bagus,tapi sliding tackle yang mencurigakan atau tu memang stail dia.

*Christian Poulsen

Kelab dari Turki bermain dengan cantik pada separuh masa pertama, tapi kurang bernasib baik kerana bolos diatas kecuaian sendiri. Liverpool masih mengekalkan rentak kebingungan pada separuh masa pertama, mungkin sedang cuba-cuba main tanpa pemain utama,Gerrard.

Goal Ryan Babel muncul selepas pemain tengah Trabzonpor gagal mengawal bola udara dan Cole mengunakan peluang untuk menghantar bola through pass ke arah Babel, penyudah yang sungguh solid menewaskan penjaga goal Trabzonpor. Selang beberapa saat tiupan wisel penamat separuh masa pertama.

*Stail tumbukan/hentakan/tandukan padu keudara

Brader Roy mengantikan Babel dengan Torres untuk permulaan separuh masa kedua yang lebih yakin. Gua tengok Liverpool lebih solid pada separuh masa kedua, seperti game waktu Arsenal. Baru 30saat Torres masuk,dah buat satu try. Liverpool lebih positif, penguasaan bola yang bagus dan peluang yang banyak,tapi satu pun gagal disudahkan.

Tujuh menet selepas separuh masa, Liverpool diberikan sepakan penalti selepas Lucas dikasari pemain lawan. Dalam game ni, gua nampak Lucas lebih banyak menyerang,mungkin sebab role holding position ditanggung oleh Poulsen. Yes geng, Lucas Leiva bukan seorang holding Defensive Midfielder tetapi lebih kepada attacking minded player. Walaubagaimanapun, dia masih gagal menanduk bola ke gawang walaupun tidak di jaga oleh mana-mana player. Simpan power mungkin.

Oh,gua lupa pulak. Menet ke tujuh, badi Anfield terhadap Joe Cole berterusan apabila beliau gagal menyudahkan sepakan penalti. Hasrat hati Cole tidak dikongsi sendirian, komrad Jovanovic juga masih gagal membuahkan hasil selaku player The Reds.


Namun, Poulsen menyaksikan goal beliau dibatalkan oleh pengadil atas sebab Joe Cole yang menghalang keeper lawan. Pepe Reina hanya diuji sekali-dua pada separuh masa kedua,ternyata masih hebat Riena. Tak mati dek keji bak kate orang.

Pemain-pemain Liverpool nampaknye terselamat dari anasir kad kuning mahupun merah.


Line Up

Seperti biase, gua akan mengakhiri entri gua dengan mencedok ayat-ayat Brader Roy tentang perlawanan ini.

"With our second half performance we could have got a second goal and made the trip to Turkey more comfortable, but we didn't and now it won't be comfortable at all."

"We needed to play with more intensity. In the first half our performance was not as good as it needed to be. I thought we were quite lucky to be 1-0 up at half-time because we didn't cause their defence enough problems to go in ahead.

"We played with more intensity in attack and defence in the second half - we caused them more problems after the break and that was the half we deserved to score in."


YNWA! Perlawanan kedua bakal dilangsungkan di Huseyin Avni Aker pada Jumaat depan. Next stop, City of Manchester Stadium Isnin ini! Perlawanan pertama ditempat lawan untuk Liga Perdana Inggeris!

Ps: form Fulham last season, 1 away win.

No comments:

Post a Comment