Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Nampaknya Ramadhan kembali lagi. Di sebalik menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini, anda semua tak perlu risau kerana pejabat Saluran Sukan akan dibuka dan beroperasi seperti biasa.

Nampaknya kami memang komited dalam menyediakan informasi sukan terbaik ke meja komputer anda. Sikit hari lagi boleh challenge ESPN.

Berita baik untuk kem Manchester United dan Kedah yang mana kedua-duanya diwakili oleh aku.

United memulakan langkah bergaya merangkul satu dari lima kejuaraan yang bakal disapu licin musim ini.

Manakala skuad hijau kuning pula boleh sengih panjang dengan undian yang menyaksikan mereka sekumpulan dengan Perak, ATM serta Johor FC. Aku syak Johor FC je boleh tahan dia punya saingan. ATM dah sah-sah nak kena lauk. Team Seladang pula kalau tak ada Razai Umar Kandasamy memang gampang. Err, tak gitu brader Liverfool?

Oh ya, ini adalah penggal ke 8, 132 kita menyaksikan undian Piala Malaysia dijalankan di bawah pucuk pimpinan Sultan Bola.

Jadi kekalkanlah produktiviti kita sepanjang Ramadhan sepertimana pengulas-pengulas Saluran Sukan. Kalau nak ke mamak di tengah hari pun, nsihat dari kami amat gampang iaitu jangan bagi kantoi. Kelak malu boleh, sakit pun boleh.

No comments:

Post a Comment