Monday, August 2, 2010

Selamat Datang Pembuka Bicara!!

Assalamualaikum

Bagi salam ni bukan apa, sebagai buah butir bicara permulaan bak kata orang. Nak harapkan pengulas dari kem Liverpool dan Chelsea tu? Haram!

Ini adalah SALURAN SOKAN. Gerbang informasi sukan anda. Sebelum itu, mari kita berkenalan dulu sepam dua dengan para pengulas a.k.a founder-founder.



Nama : Mukmin Abd Samad
Nama Manja : Mukmin Kuyt
Kem EPL : Liverpool
Kem MSL : Perak
Belog : sudutterbang.blogspot.com
Deskripsi : Seorang penyokong setia pasukan merah. Maksud aku, bukan merah yang selalu menang tu. Tapi merah yang sekarang ni dibimbing oleh Pak Cik Roy setelah ditinggalkan tak bergantung oleh Cik Fara Benitez. Amat mengharapkan FAM meng'halal'kan kembali pemain import kerana beranggapan Player-player seperti Keita Mandjou dan Frank Seator boleh mencerahkan kembali peluang Perak merampas gelaran-gelaran di Malaysia. Pihak management sebenarnya risau akan saudara Mukmin. Takut peti simpanan wang di ibupejabat Saluran Sokan dirongkah. Maklumlah, kabel beliau dengan Standard Chartered sekarang ni bukan main cekang.



















Nama : Mohd. Azim Suhaili
Nama Manja : Didier Drogsha
Kem EPL : Chelsea
Kem MSL : Putrajaya. Eh, Selangor!
Belog : azimissoauthentic.blogspot.com
Deskripsi : Hero gadis yang mempunyai ramai follower di blog beliau. Saluran Sokan juga telah merangka beberapa pelan untuk memastikan lebih ramai makwe-makwe yang akan mengikuti blog ini kerana beliau. Kira dalam seratus dua follower boleh dapat kot melalui Azim sorang. Memilih kem Chelsea, ia bersesuaian dengan beliau kerana makwe-makwe sekarang ni banyak yang sokong Chelsea. Pihak kami juga sengaja meletak gambar beliau bersama seorang makwe atas dasar strategi. Biarpun sebelum ini lebih banyak membicarakan hal-hal politik dan masalah menteri (beliau belajar undang-undang), tapi kebolehan beliau berbicara bab sukan juga tidak boleh dinafikan. Lebih-lebih lagi tentang skandal seks John Terry dan 'Cash'ley Cole yang mana kedua-duanya dari Chelsea. Kehkehkeh.....
























Nama : Muhd. Faiz Khuzairi
Nama Manja : Tiada
Kem EPL : Manchester United
Kem MSL : Kedah Darul Aman
Belog : faizkhuzairi.blogspot.com
Deskripsi : Centre back kelahiran Kelang yang di'base' dari Gurun. Kedah. Menyokong United sejak zaman Cantona dan Hughes hinggalah ke Beckham dan sekarang, Big Berba. Amat yakin dengan kemampuan United dan tak kurang juga pasukan Kedah yang baru-baru ini mengalami kemerosotan prestasi. Dijangka akan bersuka ria ats kemenangan Red Devils musim ini!!!
draft
10:27:00 PMby Saluran Sukan

No comments:

Post a Comment