Thursday, August 12, 2010

Back Four Mantap Berlapis-lapis.

Aku syak tahun ini Manchester United akan menjadi pasukan yang paling kurang bolos di kancah liga perdana. Hal ini deikian berikutan gandingan defender lama dan baru yang semakin hari aku lihat semakin mantap. Mari kita kaji sebentar beberapa kebenaran mengenai pernyataan aku ini.

Line pertama:

Rafael Da Silva-Nemanja Vidic-Rio Ferdinand-Patrice Evra

Line ni kalau tak nampak jugak dia punya umphh tu, tak tahu la kan. Sekuat Gunung Tahan dan sepantas kilat, Line ni boleh menangkis serangan mana-mana kuartet dari mana-mana pasukan dari dalam liga. Abg Drog? Nando? Van Persie? Bakdatang!!!!

Line Kedua:

Gary Nevile-Johnny Evans-Chris Smalling-Fabio Da Silva

Waaupun ni backline kedua, namun yang pasti perihal kemantapan tak perlu diulas agi. Hatta Dirk Kuyt sekalipun akan tercungap-cungap untuk mengasak. Silap-silap beliau sendiri yang akan diasak. Membariskan muka baru dari Fulham iaitu Smalling, tambah pula dengan long-servant captain Gary Neville, tiada pengurus lain di dunia yang mempunyai subs di bahagan bawah sepeti ini!

Ini belum masuk defender bidan terjun yang boleh diharap seperti Darren Fletcher serta John O'Shea.

Jadi boleh laa harap tanpa bolos pada hari Selasa ni yedak?

No comments:

Post a Comment