Wednesday, September 15, 2010

Hal Ehwal Bola Sepak Malaysia : Perlawanan Pembukaan Selepas Raya

Perak 2-2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Perak - Shahrizal Saad '16 Shafuan Adli '78
ATM - Saiful Mustafa '50 V.Jaganathan '68

Perlawanan pertama untuk skuad Perak bagi kempen Piala Malaysia berlangsung di Stadium Perak,Ipoh.

Goal pembukaan dari pemain penyerang perak, Shahrizal Saad pada minit ke 16. Shahrizal Saad merupakan Hero-to-Zero pada perlawanan ini selepas menerima kad merah pada minit ke 25 akibat diving. 3 minit sebelum,dia telah handball secara sengaja. Perak menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan kekal 1-0.

Gol pelawat muncul hasil sepakan Saiful Mustafa pada minit ke 50,kedudukan seri 1-1.
Perak bermain 10 orang. Usaha ATM mengasak tuan rumah berhasil apabila diberi sepakan penalti pada minit ke 68'. V.Jaganathan memberikan pasukan ATM lead,kedudukan 1-2.

Walaupun ketinggalan, pasukan Perak masih terus berusaha dan hasilnya, Shafuan Adli memberikan gol equalizer buat Perak selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 78. Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan.

Kedudukan kumpulan C masih samar-samar, perlawanan diantara Johor FC menentang Kedah berkesudahan seri 1-1.

tim sultan bola menang 3 gol berbalas 1.

No comments:

Post a Comment